Budaya Kerja Muslim Cemerlang.

Budaya Kerja Muslim Cemerlang.
HafizFirdaus.com - Friday, 20 November 2009

Islam bukanlah agama yang terbatas kepada aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, akan tetapi meluas kepada segala aspek kehidupan. Termasuk dalam keluasan ini ialah aspek budaya kerja, sebagaimana yang segera dapat difahami dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah 9:105]

Firman Allah “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Selain itu suruhan bekerja tidak dibiarkan begitu sahaja, ia diikuti dengan pemerhatian, pemantauan dan pengawasan daripada Allah, Rasul-Nya (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) dan orang-orang yang beriman. Tidak penting bagaimana Allah dan Rasul-Nya melaksanakan pemantauan ini, yang penting ialah dengan adanya pemantauan itu seorang muslim tidak akan tergamak bekerja secara malas, khianat dan merugikan majikannya. Dia akan merasa malu, takut dan bertanggungjawab kepada Allah, Rasulullah dan sesama umat Islam. Dia mengetahui dirinya akan dikembalikan kepada Allah pada Hari Akhirat kelak dan Allah akan mengkhabarkan budaya kerjanya di mahkamah Padang Masyar nanti.

Justeru sekalipun ayat 105 surah al-Taubah ini merupakan ayat suruhan bekerja, dari sudut yang lain ia juga merupakan ayat ancaman, mengancam sesiapa jua yang enggan bekerja atau bekerja tetapi tidak dengan budaya yang cemerlang. Maka dalam tulisan yang serba ringkas ini, ingin saya kongsikan beberapa ciri budaya kerja yang cemerlang agar diri saya dan para pembaca sekalian lulus cemerlang dalam pemantuan di dunia dan pengadilan di Akhirat kelak.

Budaya # 1: Ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan tujuan mengharapkan redha Allah sebagai prioriti pertama. Ikhlas tidak terbatas kepada aspek ibadah khusus tetapi meluas kepada semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam 6:162]

Ikhlas dalam bekerja menyebabkan seseorang itu tidak akan kehilangan motivasi seandainya hasil kerjanya tidak mendapat sanjungan majikan, kerana yang penting bagi dirinya ialah sanjungan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ikhlas juga menjadikan seseorang itu pekerja yang berani sebab dia mengetahui Allah akan melindunginya dari apa-apa perbuatan fitnah manusia seperti dengki dan politik kotor pejabat. Pengetahuan ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ.

Sesiapa mencari keredhaan Allah dengan kebencian manusia, maka Allah akan melindunginya dari kesulitan perbuatan manusia. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia dengan kebencian Allah, maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia.[1]

Budaya # 2: Amanah.

Ketika menerangkan ciri-ciri orang yang berjaya dalam firman-Nya:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [al-Mu’minun 23:01]

Salah satu ciri yang disenaraikan ialah:

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ.

Iaitu orang-orang yang menjaga amanah dan janjinya. [al-Mu’minun 23:08]

Termasuk dalam kategori amanah dan berpegang kepada janji ialah:

  • Berpegang teguh kepada kontrak atau surat perjanjian antara majikan dan pekerja. Ini merujuk kepada dokumen yang ditandatangai ketika mula bekerja atau apa-apa perjanjian baru yang dipersetujui antara majikan dan persatuan pekerja.
  • Melaksanakan pekerjaan berdasarkan ilmu agar hasilnya seperti yang diharapkan oleh majikan, atau yang lebih baik dari itu. Dalam konteks ini ilmu terbahagi dua. Pertama ialah ilmu asas yang perlu diketahui oleh pekerja sebagaimana yang disyaratkan oleh majikan. Kadangkala ilmu ini disediakan oleh majikan melalui latihan dan kursus. Kedua ialah ilmu sampingan yang diusahakan sendiri oleh pekerja yang dapat menjadikan dirinya pekerja yang lebih mahir, efektif dan bermotivasi.
  • Bersikap jujur dalam semua tingkah lakunya. Antaranya ialah jujur dalam mengakui kesalahan, menerangkan ketidaktahuan, meminta cuti kecemasan, melaporkan penyelewengan di tempat kerja, menggunakan peralatan yang disediakan majikan, melaksanakan pekerjaan, membahagikan tugas dan memberi cadangan.

Pekerja yang melazimkan dirinya dengan sikap jujur akan dikenali di kalangan rakan kerja dan majikan sebagai orang yang jujur sehingga pelbagai kebaikan disandarkan kepada dirinya di dunia dan akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا.

Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.[2]

Budaya # 3: Sederhana Tetapi Berterusan.

Fahaman masyhur menyatakan, lebih banyak jenis dan jumlah pekerjaan yang dilakukan, lebih hebat seseorang itu. Namun fahaman ini perlu dikaji semula, sebab yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti. Tidak ada faedah orang yang melakukan banyak jenis dan jumlah pekerjaan jika hasil kualitinya adalah minimum atau tidak memuaskan. Kemudian lazimnya pekerja seumpama akan menjadi letih, bosan dan nyah-motivasi hingga akhirnya kualiti kerja masuk ke skala negatif.

Berbeza dengan orang yang melakukan bukan sedikit tetapi sederhana jenis dan jumlah pekerjaannya berdasarkan kemampuannya, dia akan menghasilkan kualiti kerja yang jauh lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Sederhana dalam jenis dan jumlah pekerjaaan berdasarkan kemampuan demi menjaga kualiti yang berterusan digalakkan oleh Islam. A’isyah radhiallahu 'anha, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menerangkan tentang seorang wanita yang berlebih-lebihan dalam mendirikan solat. Rasulullah menjawab:

مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

Janganlah begitu, ke atas kalian apa yang sekadar mampu. Demi Allah! Allah tidak bosan memberi ganjaran sehinggalah kamu sendiri yang merasa bosan (untuk beramal). Agama yang paling disukai oleh Allah ialah apa yang dilakukan secara berterusan.[3]

Budaya # 4: Berhubung Dengan Sesama Pekerja.

Seorang muslim ialah wali kepada muslim yang lain, iaitu pendukung, penolong, pembela, penjaga rahsia, penutup aib, pemelihara maruah dan penyayang kepada sesama muslim yang lain. Termasuk dalam maksud wali ialah saling menghormati, memuliakan dan menjalin hubungan akrab. Inilah ciri seorang mukmin sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta'ala terangkan:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ.

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, setengahnya menjadi wali bagi setengahnya yang lain. [al-Taubah 9:71]

Maka dalam budaya kerja seorang muslim – bahkan mukmin – yang cemerlang, tidak sepatutnya timbul sikap dengki, saling menjatuhkan, bergossip, menuduh, menyembunyikan ilmu, membocorkan rahsia dan aib, berburuk sangka dan bermusuhan. Sebaliknya hendaklah setiap pekerja menjadi wali kepada pekerja yang lain. Jadikanlah hadis berikut sebagai contoh budaya sesama muslim:

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ أَنْ تُدْخِلَ عَلَى أَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ سُرُورًا، أَوْ تَقْضِيَ عَنْهُ دَيْنًا، أَوْ تُطْعِمَهُ خُبْزًا.

Seutama-utama amal ialah kamu menggembirakan saudaramu semukmin, atau kamu melunaskan hutangnya atau kamu memberinya makan roti.[4]

Budaya # 5: Berhubung Dengan Ahli Keluarga.

Bekerja bukanlah tujuan hidup tetapi alat demi mencapai kehidupan yang bahagia. Tidaklah kehidupan itu dikategorikan sebagai bahagia jika ahli keluarga tidak diturut sertakan. Maka seorang pekerja muslim yang cemerlang tidak akan melupakan ahli keluarganya, baik ibubapa mahupun anak isteri. Maka dalam rangka bekerja, dia akan memerhatikan keadaan keluarga, pulang ke pangkuan mereka, berbelanja untuk mereka dan berusaha untuk membahagiakan kehidupan bersama. Malah, kebahagiaan bersama akan menjadikan sang pekerja kembali ke pejabat keesokan harinya dengan lebih bertenaga, ceria dan bermotivasi. Tentu saja ini akan meningkatkan kualiti kerjanya.

Pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan, janganlah dibelanja bersama rakan-rakan sahaja untuk minum teh tarik di gerai, menonton sukan dan pergi memancing. Sebaliknya berbelanjalah untuk keluarga dalam kadar yang tidak membazir kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menganjurkan:

دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ.

Satu dinar yang kamu belanjakan di jalan Allah, satu dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan seorang hamba, satu dinar yang kamu sedekahkan untuk orang miskin dan satu dinar yang kamu belanjakan untuk keluargamu, maka di antara semua itu yang paling agung ganjarannya ialah yang kamu belanjakan kepada keluargamu.[5]

Budaya # 6: Berhubung Dengan Allah.

Di belakang dalam susunan tidak semestinya di belakang dalam keutamaan. Maka di samping berhubung dengan sesama pekerja dan ahli keluarga, hendaklah seorang pekerja muslim yang cemerlang menjaga hubungannya dengan Allah. Janganlah sibuk bekerja hingga lupa untuk beribadah kepada Allah. Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

يَقُوْلُ رَبُّكُمْ: يَا اِبْنَ آدَمَ! تَفْرَغُ لِعِبَادَتِيْ أَمْلأُ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلأُ يَدَيْكَ رِزْقًا، يَا اِبْنَ آدَمَ! لاَ تُبَاعِدَ مِنَّي فَأَمْلأُ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلأُ يَدَيْكَ شُغْلاً.

Tuhan kalian berfirman: “Wahai anak Adam (manusia sekalian)! Hendaklah kamu sibuk beribadah kepada-Ku, nescaya Aku penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.

Wahai anak Adam! Janganlah kamu menjauhi daripada-Ku, kerana tentu Aku akan penuhi hatimu dengan rasa serba tak cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan.” [6]

Perhatikan juga ayat-ayat berikut:

رِجَالٌ لاَ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأَبْصَارُ (37) لِيَجْزِيَهُمْ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (38).

Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. [al-Nur 24:37-38]

Jangan dalam kesibukan bekerja kita lupa untuk mengadu kepada Allah, menceritakan masalah, meminta keinginan dan mengharapkan rahmat serta kurnia-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ نَزَلَ بِهِ حَاجَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ كَانَ قَمِنًا مِنْ أَنْ لاَ تَسْهُلَ حَاجَتُهُ وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ آتَاهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ بِمَوْتٍ آجِلٍ.

Sesiapa yang memiliki hajat (masalah, keinginan) lalu mengajukan hajatnya kepada kepada manusia, maka Allah akan mempersulitkan penyelesaiannya. Sebaliknya sesiapa yang mengajukan hajatnya kepada Allah, Allah akan mempercepatkan rezekinya atau mengakhirkan kematiannya.[7]

Budaya # 7: Membersihkan Diri Daripada Yang Tidak Halal.

Mutakhir ini, sukar untuk dicari kerjaya yang halal sepenuhnya, bersih sepenuhnya. Maka Islam memberi jalan keluar, iaitu elakkan diri daripada melakukan dosa besar, maka dengan itu Allah akan hapuskan dosa-dosa yang kecil. Dalam konteks pekerjaan, elakkan dari terlibat secara langsung dengan aktiviti haram syarikat (dosa besar), maka Allah akan hapuskan kesalahan bersubahat kerana bekerja dengan syarikat itu (dosa kecil). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلاً كَرِيمًا.

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). [al-Nisa’ 4:31]

Seterusnya perbanyakkan amal kebajikan seperti bersedekah dan kerja-kerja sukarelawan kerana amal kebajikan seperti ini juga menghapuskan dosa-dosa kecil. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ.

Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan (dosa-dosa kecil). [Hud 11:114]

Demikian tujuh budaya kerja yang patut dimiliki oleh setiap muslim yang cemerlang, yang ingin cemerlang. Semoga dengan budaya kerja ini, kita akan lulus pemantauan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman di dunia ini dan pengadilan Allah di Akhirat kelak.



[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2414.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6094.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 43.

[4] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Dunya dan al-Dailami, dinilai hasan oleh al-Albani berdasarkan beberapa jalan penguat. Rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 1494.

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 995.

[6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 7926 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih sanadnya tetapi tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari dan Muslim)” dan ia dipersetujui sahih oleh al-Zahabi.

[7] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 3696.

Halaqah Tafaqquh Fiddin


Title: Islam Agama Allah

Speaker : Ustaz Khairul Anuar b. Abd Latif
BA (Fiqh & Usul-FFiqh) IIUM, MA (Al-Quran & As-Sunnah) IIUM

3rd October 2009 (saturday)
After Maghrib
Brothers Musolla, IM 2

Kehebatan Malam Al-Qadr

Artikel ini spt sudah agak lambat utk di'post'..
Walaupun Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita dan Syawal kian menjelang,tetapi memandangkan artikel ini amat menarik, penulis teringin utk berkongsi dgn pembaca sekalian. Tidak bermanfat pd hari ini, mungkin bermanfaat pd masa2 akan dtg...
Artikel dibawah ini diambil dari http://www.zaharuddin.net/

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Ramadhan 1428 H

27 September 2007

21 sept 2008 (21 Ramadhan 1429 H)


AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.


. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.


• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

H1N1 : Konspirasi senjata biologi Amerika / Israel?

Tak tau sejauh mana kebenaran artikel ini...fikir-fikirkanlah...

Konspirasi Wabak Selsema Babi
oleh Ibnuyaacob

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah…
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Dr. Ralph Steinman

University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Immunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema **** akan berlaku? Atau mereka sendiri yang merancang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema babi ini?

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945

David Icke, Penyiasat Konspirasi

Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi
Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan
Walaupun selsema Babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema Babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema
Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

Giora Eiland

Uzi Arad


Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?
Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel
Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi. Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

David Ben Gurion


Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan- penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel


Logo IIBR


Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel
Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.